Untuk memajukan sektor pertanian
negara sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu-isu
kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian perlu ditangani.
Berikut merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian:
1.
Saiz
ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik.
Saiz tanah
yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi.
Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang
bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga
terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik.
2. Kekurangan tenaga kerja mahir dan
separa mahir.
Hal ini demikian kerana ramai ramai
golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk
mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu
bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan
diri sendiri serta berminat untuk makan gaji.
3.
Masalah
kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu.
Bagi sektor
sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari
Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Negara juga perlu
mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.
4.
Kekurangan
tenaga buruh.
Di antara
tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil
bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Salah satu masalah
yang dihadapi oleh sektor pertanian negara adalah petani atau pekebun yang
semakin tua.
5.
Pelaburan
swasta dalam sektor makanan yang rendah.
Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa
sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.
Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk
menceburi sektor pengeluaran makanan.
6.
Liberalisasi
perdagangan di bawah WTO dan AFTA.
Ini menyebabkan hasil pertanian negara
menghadapi persaingan sengit daripada negara-negara pengeluar yang mempunyai
kelebihan kos pengeluaran yang rendah dan lambakan hasil pertanian dijangka
akan berlaku.
- Ketidakstabilan harga
Oleh sebab penawaran dan permintan
tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga
kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan
pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber.
- Penawaran dan Permintaan bermusim
Ketidakstabilan harga kerapkali berkait
dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh
dipengaruhi oleh acara perayaan,
perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan
perladangan.
- Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin
Selain padi dan beras, hasil petani
terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar
negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti
menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak
sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran.
- Kos dan Margin yang Tinggi
Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak
pasti, perantara
pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan
pengambilan risiko.
- Kekurangan Maklumat Pasaran
Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir
semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini
tentang harga dan pasaran. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak
dapat menggunakan maklumat sedia ada
sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.
12. Kekurangan Infrastruktur
Pemasaran
Kekurangan infrastruktur terutama
sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran.
Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat
penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran
yang berlebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan