Pertanian Di Malaysia
Khamis, 22 September 2016
RUJUKAN
1. Cara memajukan sektor
pertanian,website: http://qairaainaa.blogspot.my/2013/02/cara-untuk-memajukan-sektor-pertanian.html, retrieved on 18 September 2016
2. Kepentingan sektor pertanian, laman
web: http://tinta-kencana.blogspot.my/2011/07/kepentingan-sektor-pertanian-kepada.html, retrieved on 16 September 2016
3. Pertanian adalah perniagaan, website: http://www.usahawan.com/kerjaya/pertanian-adalah-perniagaan.html, retrieved on 16 September 2016
4. Industri pertanian negara menyingkap
potensi dan cabaran, website: https://bobex.wordpress.com/2007/03/19/industri-pertanian-negara-menyingkap-potensi-dan-cabaran/, retrieved on 16 September 2016.
KESIMPULAN
Di negara
seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, golongan
petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang kaya
raya. Situasi ini mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita
Malaysia mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan
huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi.
Melalui
strategi-strategi yang telah disusun oleh kerajaan demi untuk membantu
masyarakat tani di Malaysia, ‘Pertanian adalah perniagaan’ sudah pasti akan
dapat dilaksanakan sekiranya kita sama-sama mencari jalan untuk memperhebatkan
bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan
kita. Marilah mula berbudi kepada tanah!
” Jika mereka tidak didedahkan dengan
bidang pertanian mulai sekarang, perkembangan sektor pertanian akan terbantut
dan negara mungkin berdepan masalah jaminan bekalan makanan sehingga berlaku
krisis makanan,
Berdasarkan statistik tahun lalu,
siswazah dalam jurusan pertanian di negara ini hanya sejumlah 7,581 iaitu
sekitar 1.4 peratus berbanding 546,987 enrolmen pelajar di institusi pengajian
tinggi awam (IPTA), sekali gus menunjukkan belum mencukupi untuk menguasai
bidang pertanian. Sebab itu, kita kena lipat gandakan usaha bagi memastikan
lebih ramai belia terbabit dalam bidang pertanian, bukan saja daripada jurusan
pertanian tetapi kursus lain kerana bidang pertanian tidak memerlukan kelayakan
tertentu dan sesiapa saja boleh menyertainya.
Malah, kita turut melantik Rosyam Noor
sebagai Ikon Pertanian bagi tujuan itu kerana kita tahu golongan ini mudah
tertarik untuk melakukan perkara sama yang dilakukan selebriti atau personaliti
kegemaran mereka,
Saya berpendapat pemimpin pelajar
perlu memahami dengan jelas semua dasar dilaksanakan kerajaan, terutama
berkaitan keperluan makanan dan kepentingannya untuk mengeluarkan sumber
makanan mencukupi.
usaha menarik minat golongan muda
dalam bidang pertanian juga perlu dilakukan dengan menyediakan pakej menarik
serta pelbagai kemudahan supaya mereka dapat buktikan sendiri bidang ini
sebenarnya menguntungkan.
Apabila ada pakej menarik, kita beri
kemudahan cukup, saya percaya lebih ramai generasi Y yang berminat menceburi
bidang pertanian, apatah lagi apabila ia mampu meraih pendapatan mencecah
puluhan ribu ringgit sebulan. Pada masa sama, mereka perlu diberi peluang dan
ruang seluasnya melalui program promosi dan latihan untuk menimbulkan minat
menyertai bidang ini,”
Datuk Mohd Hashim Abdullah
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani (MOA)
STRATEGI KERAJAAN MEMPROMOSIKAN BIDANG PERTANIAN
Bagi
memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian,
kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong
mereka menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas
baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan
petani di Malaysia telah diperkenalkan.
Kerajaan
Malaysia juga telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan program pertanian
merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan
sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui
jualan terus dari ladang, mewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan
institusi latihan pertanian. Di samping itu, kerajaan menggalakkan usahawan,
petani dan pekebun kecil agar dapat mengoptimumkan amalan agronomi yang baru,
pengurusan ladang secara moden, penggunaan jentera baru dan teknologi terkini
serta menggiatkan Amalan
Pertanian Baik (APB) atau juga dikenali sebagai Good
Agricultural Practices (GAP). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem
pengembangan pertanian di Jabatan Pertanian
Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian
berkualiti dan selamat dimakan.
Beberapa
pameran pertanian seperti Pameran
Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) anjuran Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan dua tahun sekali bertujuan untuk
mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan di Malaysia kepada
masyarakat. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia kepada bidang
pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri
asas tani untuk pelabur asing dan persendirian.
Selain itu,
beberapa buah Pusat
Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang terdapat di
Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini merupakan
kaedah pemasaran moden di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi
perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran
pertanian tempatan. RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang menghubungkan
pengeluar dengan pengguna.
SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Tumpuan
kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang.
Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara.
Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan banyak perubahan
daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan
seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita
telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan
bantuan teknologi ICT yang terkini.
Usaha yang dapat dilakukan untuk
memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani . Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
pertanian termasuk perikanan dan ternakan. Kementerian ini juga memberi
peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu.
Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI).
MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi
bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia.
Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan denagn
memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan pulangan petani. Selain MARDI, Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya
kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan
industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar
negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan
inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel,
penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantuan
kementerian ini amat diperlukan.
Seterusnya, strategi pemasaran untuk
memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta
benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi
contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia
2006 (MAHA 2006) merupakan pameran
pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih
seratus jenis orkid di pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis
hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu
Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz
bunga yang lebih besar serta mampu
bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat
menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan
bidang pertanian. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan
sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang
ialah buah yang cepat busuk dan tidak
tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti
kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama
tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu,
para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya
mempunyai pengetahuan yang tinggi
tentang strategi pemasaran yang berkesan.
Teknologi
moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan
dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil
sebagai bioteknologi. Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran,
peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun
herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan
dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit spesis
Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu spesis
dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan
hasil produk. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam
dunia yang kian berkembang.
Usaha lain yang dapat dilakukan
ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak Bank Pertanian khususnya boleh
memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka.
Pinjaman yang dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga
manusia dan membeli benih yang lebih
bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank
untuk pekebun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita
untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana IKS yang berasaskan pertanian.
Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat
mengusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik.
CABARAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Untuk memajukan sektor pertanian
negara sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu-isu
kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian perlu ditangani.
Berikut merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian:
1.
Saiz
ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik.
Saiz tanah
yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi.
Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang
bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga
terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik.
2. Kekurangan tenaga kerja mahir dan
separa mahir.
Hal ini demikian kerana ramai ramai
golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk
mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu
bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan
diri sendiri serta berminat untuk makan gaji.
3.
Masalah
kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu.
Bagi sektor
sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari
Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Negara juga perlu
mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.
4.
Kekurangan
tenaga buruh.
Di antara
tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil
bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Salah satu masalah
yang dihadapi oleh sektor pertanian negara adalah petani atau pekebun yang
semakin tua.
5.
Pelaburan
swasta dalam sektor makanan yang rendah.
Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa
sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.
Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk
menceburi sektor pengeluaran makanan.
6.
Liberalisasi
perdagangan di bawah WTO dan AFTA.
Ini menyebabkan hasil pertanian negara
menghadapi persaingan sengit daripada negara-negara pengeluar yang mempunyai
kelebihan kos pengeluaran yang rendah dan lambakan hasil pertanian dijangka
akan berlaku.
- Ketidakstabilan harga
Oleh sebab penawaran dan permintan
tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga
kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan
pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber.
- Penawaran dan Permintaan bermusim
Ketidakstabilan harga kerapkali berkait
dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh
dipengaruhi oleh acara perayaan,
perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan
perladangan.
- Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin
Selain padi dan beras, hasil petani
terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar
negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti
menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak
sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran.
- Kos dan Margin yang Tinggi
Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak
pasti, perantara
pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan
pengambilan risiko.
- Kekurangan Maklumat Pasaran
Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir
semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini
tentang harga dan pasaran. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak
dapat menggunakan maklumat sedia ada
sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.
12. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran
Kekurangan infrastruktur terutama
sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran.
Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat
penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran
yang berlebihan.
Langgan:
Catatan (Atom)