Khamis, 22 September 2016

SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN



Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini.

Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk perikanan dan ternakan. Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan denagn memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan pulangan  petani. Selain MARDI, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada  penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantuan kementerian ini amat diperlukan.

Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006  (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid di pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu  Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih  besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah  buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh  itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi  tentang strategi pemasaran yang berkesan.

            Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi. Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara  seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit spesis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu spesis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak Bank Pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yang dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih  bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu  disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekebun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan  Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana IKS yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.  Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat mengusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik.

1 ulasan:

  1. Estou falando sobre a cópia do seu bilhete de identidade, que mostra que você é brasileiro como cartão de identidade nacional, passaporte ou eleitores id.

    BalasPadam