Khamis, 22 September 2016

LAMPIRAN





RUJUKAN



1.     Cara memajukan sektor pertanian,website:  http://qairaainaa.blogspot.my/2013/02/cara-untuk-memajukan-sektor-pertanian.html, retrieved on 18 September 2016

2.     Kepentingan sektor pertanian, laman web: http://tinta-kencana.blogspot.my/2011/07/kepentingan-sektor-pertanian-kepada.html, retrieved on 16 September 2016

3.     Pertanian adalah perniagaan, website: http://www.usahawan.com/kerjaya/pertanian-adalah-perniagaan.html, retrieved on 16 September 2016

4.     Industri pertanian negara menyingkap potensi dan cabaran, website: https://bobex.wordpress.com/2007/03/19/industri-pertanian-negara-menyingkap-potensi-dan-cabaran/, retrieved on 16 September 2016.

KESIMPULAN



Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, golongan petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang kaya raya.  Situasi ini mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita Malaysia mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. 

Melalui strategi-strategi yang telah disusun oleh kerajaan demi untuk membantu masyarakat tani di Malaysia, ‘Pertanian adalah perniagaan’ sudah pasti akan dapat dilaksanakan sekiranya kita sama-sama mencari jalan untuk memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan kita. Marilah mula berbudi kepada tanah!


” Jika mereka tidak didedahkan dengan bidang pertanian mulai sekarang, perkembangan sektor pertanian akan terbantut dan negara mungkin berdepan masalah jaminan bekalan makanan sehingga berlaku krisis makanan,
Berdasarkan statistik tahun lalu, siswazah dalam jurusan pertanian di negara ini hanya sejumlah 7,581 iaitu sekitar 1.4 peratus berbanding 546,987 enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sekali gus menunjukkan belum mencukupi untuk menguasai bidang pertanian. Sebab itu, kita kena lipat gandakan usaha bagi memastikan lebih ramai belia terbabit dalam bidang pertanian, bukan saja daripada jurusan pertanian tetapi kursus lain kerana bidang pertanian tidak memerlukan kelayakan tertentu dan sesiapa saja boleh menyertainya.
Malah, kita turut melantik Rosyam Noor sebagai Ikon Pertanian bagi tujuan itu kerana kita tahu golongan ini mudah tertarik untuk melakukan perkara sama yang dilakukan selebriti atau personaliti kegemaran mereka,
Saya berpendapat pemimpin pelajar perlu memahami dengan jelas semua dasar dilaksanakan kerajaan, terutama berkaitan keperluan makanan dan kepentingannya untuk mengeluarkan sumber makanan mencukupi.
usaha menarik minat golongan muda dalam bidang pertanian juga perlu dilakukan dengan menyediakan pakej menarik serta pelbagai kemudahan supaya mereka dapat buktikan sendiri bidang ini sebenarnya menguntungkan.
Apabila ada pakej menarik, kita beri kemudahan cukup, saya percaya lebih ramai generasi Y yang berminat menceburi bidang pertanian, apatah lagi apabila ia mampu meraih pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Pada masa sama, mereka perlu diberi peluang dan ruang seluasnya melalui program promosi dan latihan untuk menimbulkan minat menyertai bidang ini,”

Datuk Mohd Hashim Abdullah
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

STRATEGI KERAJAAN MEMPROMOSIKAN BIDANG PERTANIAN



Bagi memulihkan persepsi rakyat terutamanya generasi muda terhadap pertanian, kerajaan telah menyenaraikan banyak intensif dan kemudahan bagi mendorong mereka menyertai sektor pertanian ini. Pelbagai program pertanian yang bernafas baru dan berinovasi khusus untuk menambahkan produktiviti serta pendapatan petani di Malaysia telah diperkenalkan. 

Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, mewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. Di samping itu, kerajaan menggalakkan usahawan, petani dan pekebun kecil agar dapat mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden, penggunaan jentera baru dan teknologi terkini serta menggiatkan Amalan Pertanian Baik (APB) atau juga dikenali sebagai Good Agricultural Practices (GAP). APB merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan pertanian di  Jabatan Pertanian Malaysia bertujuan untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat dimakan. 

Beberapa pameran pertanian seperti Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan dua tahun sekali bertujuan untuk mempromosi produk-produk pertanian yang diusahakan di Malaysia kepada masyarakat. MAHA juga dijadikan platform untuk mendedahkan belia kepada bidang pertanian di samping memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri asas tani untuk pelabur asing dan persendirian.

Selain itu, beberapa buah Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC seperti yang terdapat di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan juga telah dibuka. Ini merupakan kaedah pemasaran moden di mana RTC ini bertindak sebagai sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian tempatan. RTC jug memainkan peranan sebagai pusat yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna.

SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN



Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini.

Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk perikanan dan ternakan. Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan denagn memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan pulangan  petani. Selain MARDI, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada  penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantuan kementerian ini amat diperlukan.

Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006  (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid di pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu  Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih  besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah  buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh  itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi  tentang strategi pemasaran yang berkesan.

            Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi. Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara  seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit spesis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu spesis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak Bank Pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yang dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih  bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu  disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekebun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan  Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana IKS yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.  Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat mengusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik.

CABARAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN



Untuk memajukan sektor pertanian negara sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu-isu kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian perlu ditangani. Berikut merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian:

1.    Saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik.

Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik.

          2.    Kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

Hal ini demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji. 

3.    Masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu.

Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa. 

4.    Kekurangan tenaga buruh. 

Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Salah satu masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian negara adalah petani atau pekebun yang semakin tua.

5.    Pelaburan swasta dalam sektor makanan yang rendah.

 Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain. Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.

6.    Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA.

 Ini menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan sengit daripada negara-negara pengeluar yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah dan lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku.

  1. Ketidakstabilan harga
Oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran           dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber.

  1. Penawaran dan Permintaan bermusim

     Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan     permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara     perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan.

  1. Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin
          Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan            luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran.

  1. Kos dan Margin yang Tinggi
     Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti,           perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk        mewajarkan pengambilan risiko. 

  1. Kekurangan Maklumat Pasaran
     Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran.

12. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran

Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan.