Khamis, 22 September 2016

PENGENALAN



Pertanian didefinisikan sebagai suatu aktiviti yang melibatkan penternakan, bercucuk tanam, perikanan dan perhutanan. Ia merupakan kegiatan yang dijalankan dengan tujuan untuk menghasilkan sumber tenaga, bahan mentah industri, sumber makanan dan sebagainya. Aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan sayuran, buah-buahan, hasilan ternakan dan banyak lagi. Ia juga menjadi penyumbang kepada sumber tenaga seperti penghasilan kayu sebagai bahan bakar dan juga sebagai bahan mentah industri contohnya pembuatan perabot, kertas dan banyak lagi. Sebahagian besar peratusan penduduk di dunia menjalankan aktiviti pertanian.Ini adalah kerana pertanian merupakan pemangkin kepada ekonomi sesebuah negara. Namun begitu, pertanian tidak lari dari menghadapi pelbagai cabaran yang bukan sahaja datang dari cabaran alam semulajadi, malahan cabaran dari persaingan dengan industri-industri lain yang kian berkembang pesat lalu mengakibatkan kepentingan industri ini diambil mudah. Kini slogan pertanian adalah perniagaan merupakan satu perkara yang tidak asing lagi di mana pertanian sememangnya satu sektor yang memberi pulangan dan seterusnya menjadi pemangkin ekonomi negara.
Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan ‘pertanian adalah perniagaan’ sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya.
‘Pertanian adalah perniagaan’ juga merupakan visi yang sangat popular. Ia bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja. Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti kepada tanah. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut usianya.

1 ulasan:

  1. JCM's NJ casino opens in New York - KTNV
    JCM's New Jersey casino opens in New 오산 출장샵 York. New York's market-leading casino 의정부 출장안마 opened in October 강릉 출장안마 2020. It has 3 당진 출장샵 million square feet and 김포 출장샵 a

    BalasPadam